SOALAN LAZIM

Bagaimanakah cara saya hendak menggunakan perkhidmatan ini?

Anda boleh email atau Watsapp tarikh yang anda hendak berkahwin antara Isnin hingga Khamis.Kebiasaannya apabila dah ada tarikh yang telah ditentukan boleh terus watsapp saya sebelum pergi sendiri ke Changlun Kedah. Sila maklumkan nak datang dengan kenderaan apa .
Bilakah saya perlu bayar untuk pakej perkhidmatan ini?
Anda tidak PERLU membayar apa-apa wang Deposit. Anda dikehendaki menjelaskan Bayaran tunai sepenuhnya setelah sampai dan berada di Pejabat Majlis agama Islam Wilayah Songkhla.

Adakah sah Kahwin di Thailand ?

Sah, menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002. click di sini
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0

Kalau wali tak izinkan?

Wali tidak izinkan boleh ikut pada hukum syarak iaitu jarak wali 2 marhalah dan guna wali yang telah ditauliahkan oleh majlis agama ikut wilayah untuk menikahkan perempuan yang dalam kewaliannya jika pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak. Kalau wali enggan sedangkan pilihan perempuan itu memenuhi kehendak syarak, maka wali hakim iaitu jurunikah boleh menikahkan. click di sini:-
http://www.islam.gov.my/bidang-kuasa-wali-dalam-pernikahan
lelaki 18 tahun,
wanita 18 tahun.


Usia di terima pendaftaran di Konsulat?

Berkuatkuasa pada Jun 2016 Konsulat Malaysia di Thailand telah menetapkan umur melebihi 20 tahun saja yang layak mendaftar di Konsulat
Adakah ini sindiket palsu? 


Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama Islam di Thailand tetapi nikah di Malaysia surat nikah dari Thailand .
Saya dan pasangan masih student?

Tak menjadi masalah sekiranya penuhi syarat2 sah itu juga dipanggil nikah gantung iaitu nikah yang ditangguh majlis atau akad nikah di Malaysia