PENDAFTARAN NIKAH DI MALAYSIA

IZIN PEJABAT AGAMA

Sebaik-baiknya, pasangan yang ingin kahwin di Thailand atas apa-apa sebab (termasuk tak mendapat izin wali atau tanpa kebenaran poligami dari isteri) hendaklah terlebih dahulu mendapatkan surat kebenaran untuk nikah di luar negara dari Pejabat Agama di negeri masing-masing. Ini akan melibatkan beberapa langkah, seperti menghadiri kursus pra-perkahwinan, mendapatkan surat kebenaran poligami (jika ingin berpoligami tapi tak mendapat izin isteri), mengemukakan surat akuan status diri (dara, janda atau balu) dan sebagainya.
Sekiranya berkahwin di Siam setelah mendapat surat kebenaran nikah di luar negara, proses pendaftaran nikah Thailand di Malaysia akan menjadi lebih mudah setelah kembali dari Siam nanti.

DENDA NIKAH THAILAND

Sebaliknya, sekiranya berkahwin di Siam tanpa kebenaran Pejabat Agama, pasangan yang berkahwin itu boleh dikenakan denda dan dipenjara bagi kesalahan-kesalahan seperti :


  1. Berkahwin diluar kawasan tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  2. Poligami tanpa kebenaran ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)
  3. Mendaftarkan nikah selepas 6 bulan ( penjara tidak melebihi 6 bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya sekali)

MENDAFTARKAN NIKAH THAILAND

Pendaftaran nikah Siam (atau lain-lain negara) hanya boleh dibuat setelah mendapat pengesahan dari Mahkamah Syariah. Selagi Mahkamah Syariah tidak memberi pengesahan, pernikahan itu tak boleh didaftarkan di Malaysia dan pasangan itu tidak diiktiraf oleh undang-undang syariah Malaysia sebagai pasangan yang telah berkahwin.

Kesannya agak berat. Contohnya, anak yang lahir melalui perkahwinan ini akan menghadapi kesukaran untuk didaftarkan dengan JPN dan susah untuk mendapatkan surat beranak. Selain itu, apa-apa masalah dalam perkahwinan ini tak boleh dibawa ke Pejabat Agama atau Mahkamah Syariah.

Pendaftaran nikah di Malaysia nanti akan memerlukan dokumen yang cukup untuk meyakinkan hakim bahawa pernikahan di Siam itu adalah sah. Surat nikah, surat dari Majlis Agama Songkhla dan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia di Songkhla adalah diantara dokumen penting untuk membuktikan bahawa pernikahan itu adalah sah.





  • Kes yang tidak melibatkan poligami akan didengar di Mahkamah Rendah Syariah.
  • Kes yang melibatkan poligami akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.
 Pasangan sebaiknya melantik peguam syarie untuk urusan pendaftaran nikah berjalan dengan lancar.
Maklumat lanjut mengenai prosedur daftar nikah boleh klik SINI

PENGIKTIRAFAN JAKIM

JAKIM Iktiraf 6 Tempat Perkahwinan di Thailand

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan perkahwinan di Thailand bagi pasangan dari Malaysia, selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).

Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu.

"Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Phatthalung di Selatan Thailand. Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. "Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand," katanya.

(Disiarkan oleh MyMetro pada 30 Jun 2012)

PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
PERSEDIAAN DOKUMEN SEBELUM KE THAILAND 

DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA :


  • Kad Pengenalan pasangan yang hendak berkahwin*
  • Dokumen perjalanan yang sah (Pasport Antarabangsa atau Pas Sempadan)**
  • Surat pengesahan cerai dari pihak berkuasa agama Islam di Malaysia (untuk pasangan perempuan yang telah bercerai)
  • Sijil Kematian suami bagi balu yang kematian suami.
  • Surat Syahadah bagi orang yang baru memeluk agama Islam.
  • Bukan Warga Negara Malayisa mesti ada dokumen yang membuktikan indiividu itu seorang beragama Islam.
  • Visa Pelancong dan sebagainya bagi Bukan Warga Negara Malaysia untuk memasuki Malaysia dan Thailand. (Setengah Negara dikecualikan daripada visa bagi lawatan singkat sebagai pelancong yang memasuki Negara tidak melebihi 15 atau 30 hari)
  • Duit mas kahwin untuk bakal isteri. Mas kahwin adalah dalam matawang Ringgit Malaysia. Perlu diletakkan di hadapan Jurunikah/Kadhi dan saksi-saksi sebelum akad nikah.
  • Duit Poket untuk perbelanjaan sendiri dan membeli belah. Matawang Baht Thailand boleh ditukar di Dannok, Sadao atau di Hatyai.
  • Kamera jika hendak merakamkan saat istimewa dan bersejarah ini.

*Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand. Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara) sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand.

**PASPORT / BORDER PASS:


  • Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.
  • Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM200.00 sahaja untuk tempoh sah selama lima tahun. Sila hubungi mana-mana pejabat imigresen atau website imigresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.
  • Border passs hanya untuk pemastautin tetap Negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sahaja

HUKUM NIKAH

HUKUM NIKAH

Hukumnya boleh berubah mengikut keadaan

WAJIB
Bagi orang yang kuat nafsu dan tidak mampu mengawal diri daripada terjebak ke lembah maksiat sedangkan ia mampu

SUNAT
Bagi mereka yang mampu zahir dan batin dan mempunyai keinginan untuk berkahwin bagi menambahkan takwa dan menjauhi zina

MAKRUH
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin serta dapat mengawal nafsunya

HARAM
1. Bagi mereka yang tidak mampu memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mahupun dirinya sendiri
2. Tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin
3. Mempunyai niat yang tidak baik terhadap bakal isteri


Hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah.
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah.
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

KENAPA MEMILIH MUDAH NIKAH THAI?

Mengapa memilih MUDAH NIKAH THAI ? 

Professional
Pengurusan kami dan perkhidmatan kami adalah professional sepenuhnya. 

Bertanggungjawab 
Kami memastikan segala urusan anda berjalan dengan lancar dan anda tidak menghadapi masalah mendaftarkan pernikahan anda di Malaysia nanti.

Persediaan yang lengkap 
kami memastikan segala-galanya tersedia di pihak kami serta anda sebelum memulakan perjalanan.

Pakej yang lengkap 
kami menyediakan segala-gala keperluan anda sepanjang anda berada di Thailand.  Malahan kami memberikan khidmat tambahan seperti insuran serta travel bag untuk kegunaan anda.  Anda juga tidak perlu risau tentang foto dan video kerana kami menyediakannya untuk anda.

Foto & Video
kami akan mengambil foto dan video pernikahan anda.  Kami memberikannya kepada anda dalam bentuk CD secara PERCUMA! Foto & video ini PENTING sebagai bukti tambahan bahawa anda bernikah di Selatan Thailand. 

Komited 
kami komited dengan tugas yang anda amanahkan dan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami. (Terdapat beberapa pihak lain yang juga menguruskan pernikahan di Thailand yang menakut-nakutkan bakal pengantin serta memperlekehkan orang lain yang menawarkan khidmat yang sama, semata-mata kerana inginkan pelanggan.  Kami tidak begitu malahan kami berusaha keras untuk menambah baik perkhidmatan kami agar anda berpuas hati).

Dipercayai ramai
Kami nombor satu, original dan tulen. Senarai pelanggan kami terdiri dari pelbagai pihak termasuk individu popular di Malaysia.  Mereka juga memperkenalkan kami kepada sahabat mereka dengan komen-komen yang positif.

Cara bayaran yang pelbagai 
kami menerima bayaran tunai, kad kredit dan paypal, ataupun mana-mana kombinasi.

KERAHSIAAN TERJAMIN ! 
kami tidak pernah dan tidak akan membocorkan identiti anda kepada pihak yang tidak berkaitan.  Malahan ahli keluarga kami sendiri tidak mengetahui identiti pasangan yang pernah kami bawa.  KAMI JUGA MEMADAMKAN SEMUA FOTO SERTA VIDEO ANDA setelah kami serahkan CD tersebut kepada anda.

Berpengalaman
kami berpengalaman luas dan telah membantu begitu ramai sekali pasangan seperti anda.  Namun begitu, kami sentiasa belajar memperbaiki diri.

Ketenangan Fikiran 
anda boleh merasa tenang mengetahui bahawa urusan anda dikendalikan dengan cara yang amat baik.

JUJUR, IKHLAS, AMANAH 
 kami begitu mementingkan kepuasan anda.

MUDAHNYA NIKAH :)

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua :)

Terimakasih singgah ke blog MUDAH NIKAH THAI ini.

Kami sangat komited dan berdedikasi membantu menguruskan pernikahan pasangan beragama Islam secara SAH dan HALAL menurut hukum syarak di Selatan Thailand dengan khidmat yang penuh professional.  Kami berusaha memastikan bahawa status pernikahan anda memenuhi hukum Islam sepenuhnya dan seterusnya diterima oleh Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia.

==============================

Pernikahan adalah sunnah Rasulullah SAW yang dituntut oleh Islam.  Pernikahan akan menjauhkan umat Islam dari amalan keji zina dan memelihara nasab keturunan yang sah.  Pernikahan juga mengikat hati pasangan agar dapat hidup dengan lebih bahagia dalam keredhaan Allah.

Jabatan dan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri di seluruh di Malaysia telah menggariskan panduan dan prosedur yang cukup baik dan teratur bagi pasangan beragama Islam untuk bernikah.  Semua peraturan yang telah ditetapkan bertujuan melindungi anda dari sebarang masalah yang mungkin mendatang. 

Namun begitu, kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini tidaklah sentiasa berjalan seperti yang dirancang.  Adakalanya kita terperangkap dengan keadaan kehidupan kita, masalah yang tidak diduga dan pelbagai cabaran lain.

Menyedari hakikat ini, kami bersedia membantu anda memenuhi tuntutan agama, yakni bernikah, secara SAH di Selatan Thailand / Siam, termasuk menguruskan perjalanan anda serta segala dokumentasi lengkap yang diperlukan sejajar dengan kehendak Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia dan seterusnya didaftarkan di Malaysia.

Komitmen kami dan cara pengurusan kami yang penuh prefessional telah meletakkan kami sebagai perunding penikahan terbaik dan yang paling dipercayai.  Kami memberi jaminan untuk menyediakan perkhidmatan yang lengkap agar anda dapat menyempurnakan urusan anda dengan hati yang tenang dan gembira.

Kepuasan anda adalah tanggungjawab kami dan keredhaan Allah adalah matlamat kami.

Insyaallah!