Assalamualaikum dan salam ceria buat semua :)
Terimakasih singgah ke blog MUDAH NIKAH THAI ini.
Kami sangat komited dan berdedikasi membantu menguruskan pernikahan pasangan beragama Islam secara SAH dan HALAL menurut hukum syarak di Selatan Thailand dengan khidmat yang penuh professional. Kami berusaha memastikan bahawa status pernikahan anda memenuhi hukum Islam sepenuhnya dan seterusnya diterima oleh Jabatan Agama Islam diseluruh Malaysia.
==============================
Pernikahan adalah sunnah Rasulullah SAW yang dituntut oleh Islam. Pernikahan akan menjauhkan umat Islam dari amalan keji zina dan memelihara nasab keturunan yang sah. Pernikahan juga mengikat hati pasangan agar dapat hidup dengan lebih bahagia dalam keredhaan Allah.
Jabatan dan Majlis Agama Islam bagi setiap negeri di seluruh di Malaysia telah menggariskan panduan dan prosedur yang cukup baik dan teratur bagi pasangan beragama Islam untuk bernikah. Semua peraturan yang telah ditetapkan bertujuan melindungi anda dari sebarang masalah yang mungkin mendatang.
Namun begitu, kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini tidaklah sentiasa berjalan seperti yang dirancang. Adakalanya kita terperangkap dengan keadaan kehidupan kita, masalah yang tidak diduga dan pelbagai cabaran lain.
Menyedari hakikat ini, kami bersedia membantu anda memenuhi tuntutan agama, yakni bernikah, secara SAH di Selatan Thailand / Siam, termasuk menguruskan perjalanan anda serta segala dokumentasi lengkap yang diperlukan sejajar dengan kehendak Jabatan Agama Islam di negeri-negeri di Malaysia dan seterusnya didaftarkan di Malaysia.
Komitmen kami dan cara pengurusan kami yang penuh prefessional telah meletakkan kami sebagai perunding penikahan terbaik dan yang paling dipercayai. Kami memberi jaminan untuk menyediakan perkhidmatan yang lengkap agar anda dapat menyempurnakan urusan anda dengan hati yang tenang dan gembira.
Kepuasan anda adalah tanggungjawab kami dan keredhaan Allah adalah matlamat kami.
Insyaallah!